MENU

CUKAI TAKSIRAN

  1. Apakah itu cukai taksiran?
    Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas bangunan / tanah yang terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai seperti berikut:-

    • Bangunan Kediaman(pangsapuri, rumah pangsa, rumah teres, banglo dan lain -lain)
    • Bangunan Perusahaan(kilang dan gudang)
    • Bangunan perdagangan / perniagan (kedai, pejabat, pasraya, hotel, stesen minyak dan lain -lain)
    • Tanah Pertanian dan tanah kosong

     

  2. Bagaimana Cukai Taksiran Dikenakan? Bagaimana Cukai Taksiran Dibelanjakan?
    Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan. ''Nilai Tahunan'' ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan. Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membiayai :-

    • Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak- kanak dan tempat- tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
    • Pembinaan dan penyelenggaraan taman permainan dan kemudahan- kemudahan awam.
    • Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
    • Penyediaan dan penyelenggaraan lampu- lampu jalan.
    • Pembangunan kawasan Majlis Perbandaran Nilai.
    • Pembuangan, pemungutan dan pelupusan sisa pepejal. Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran MPN.

     

  3. Bagaimana Pembayaran Boleh Dilakukan?
    Pembayaran boleh dilakukan menerusi beberapa cara:-

    • Kaunter Hasil MPN
    • Kaunter Pandu- Lalu (Drive-Through) MPN
    • Kaunter Luar di Tingkat Atas, Pasar Awam Taman Seremban Jaya
    • Semua Pejabat Pos di dalam Daerah Seremban
    • Semua Kaunter Bank Islam Malaysia
    • Secara On- Line RHB Bank (Pemegang Akaun Sahaja)
    • Secara On- Line Bank Islam (Pemegang Akaun Sahaja)
    • MBF panggil dan bayar (call and pay)

     

  4. Bilakah Bil- Bil Dihantar?
    Bil Cukai Taksiran akan dihantar kepada pemilik selewat- lewatnya pada minggu kedua bulan Januari untuk 1/2 tahun pertama dan juga selewat- lewatnya minggu kedua bulan Julai untuk 1/2 tahun kedua. Jika bil- bil tersebut tidak diterima di dalam bulan tersebut maka pemilik bolehlah datang sendiri di bahagian Penilaian, Majlis Perbandaran Nilai. Pemilik yang tidak menerima bil terbaru dikehendaki membawa bil lama untuk semakan nombor Akaun Harta dan Alamat Harta.

  5. Notis Jualan Atau Pindah Milik?
    Mengikut seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang 1 yang boleh didapati di kaunter semakan cukai taksiran di Pejabat Majlis. Dokumen- dokumen yang diperlukan ialah salinan geran terkini / surat perjanjian atau Borang 14A beserta resit bayaran di Pejabat Tanah dan Galian, salinan cukai taksiran terkini dan salinan kad pengenalan.

  6. Tempoh Pembayaran Cukai Taksiran Am?
    Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi 1/2 tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi 1/2 tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.

  7. Tindakan- Tindakan Jika Cukai Tidak Dijelaskan?
    Tarikh bayaran untuk mengelakkan denda adalah 1/2 tahun pertama mulai 1hb Jan hingga 28hb Feb dan 1/2 tahun kedua mulai 1hb Julai hingga 31hb Ogos pada setiap tahun. Pemilik akan dikenakan denda lewat bayaran mengikut seksyen 147 (1) Akta 171, 1976. Bayaran penuh perlu dijelaskan selepas 15 hari notis tuntutan dikeluarkan. Jika masih tidak membayar cukai, waran tahanan akan dikeluarkan selaras dengan Akta 171, 1976 seksyen 148 (4).

  8. Bil- Bil Yang Tidak Diterima?
    Jika anda tidak menerima / lewat menerima Bil Cukai Taksiran, anda perlu membawa bil yang terdahulu ke kaunter semakan cukai taksiran untuk mendapatkan bil yang baru.

  9. Elaun Kekosongan?
    Walaupun rumah tidak berpenghuni atau kosong, pemilik diwajibkan membayar cukai taksiran tetapi boleh memohon elaun kekosongan. Pemilik harus mengemukakan surat permohonan elaun kekosongan kepada Majlis.

  10. Perubahan Atas Bangunan / Hartanah?
    Pemilik hendaklah memberitahu kepada Majlis sekiranya terdapat perubahan atas bagunan:-

    • Bangunan dibina tambahan
    • Bangunan baru dibina
    • Bangunan runtuh
    • Bangunan terbakar
    • Bangunan di ubah ke tempat lain
    • Bangunan telah dijual/ dipindah milik

    Kegagalan memberitahu kepada Majlis akan membebankan kepada pemilik dari segi bayaran cukai taksiran yang dikenakan.

     

  11. Tidak Mampu Untuk Menjelaskan Tunggakan?
    Adakah saya perlu membayar cukai sekiranya rumah yang saya duduki adalah rumah sewa yang mempunyai tunggakan? Ya, membayar cukai adalah tanggungjawab pemilik rumah. Sekiranya berlaku seperti di atas maka penyewa boleh membayar cukai melalui potongan sewa untuk mengelakkan harta / rumah sewa anda disita. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil adalah di luar kemampuan saya untuk membayarnya? Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes- kes tertentu bayaran boleh dilakukan secara ansuran.

  12. Cukai Taksiran Tanggungjawab Bersama?
    Mengapa cukai taksiran perlu dibayar sedangkan rumah saya tidak menerima sebarang perkhidmatan pengangkutan sampah, kemudahan laluan / jalan, penyediaan lampu jalan, longkang, parit, dan sebagainya oleh Majlis? Walaupun anda tidak menerima sebarang perkhidmatan dari majlis seperti yang disebutkan di atas, namun membayar cukai tetap menjadi tanggungjawab anda kerana kawasan anda telah diisytiharkan termasuk dalam kawasan bercukai Majlis. Di dalam Seksyen 146 Akta Kerajaan Tempatan telah menyatakan dengan jelas bahawa Cukai Taksiran adalah diwajibkan kepada semua pemunya pegangan sehingga dibayar kadar itu, hendaklah tertakluk kepada peruntukan Kanun Tanah Negara dan jika sekiranya tidak dibayar kadar tersebut boleh dianggap sebagai tunggakan sebagaimana di dalam Seksyen 147 (2) Akta Kerajaan Tempatan dan Tunggakan tersebut boleh dituntut dengan cara sebagaimana digariskan di dalam Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan.

 

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :

Email :zalaha@mpn.gov.my
Nama: Pn. Zalaha bt. Abd. Ghani
Bahagian/unit : Jabatan Penilaian Hartanah
No. Telefon. : 06-7989031