MENU
Bil Tarikh / Pengguna Pendapat / Cadangan / Pandangan Maklumbalas / Tindakan
1. 1/12/2016 - Mohd Sabirin Mohamed Assalamualikum dan Salam 1Malaysia,

TAHNIAH dan TERIMA KASIH yang tidak terhingga dari Kami penduduk Taman Desaria Nilai 5. MPN telah menunjuk bahawa anatara PBT yang terbaik di Negeri Sembilan.

No Ref: GEPZ49ZNMV Dan MYSLQ3MY

Saya secara personal sangat berpuas hati dengan kerja-kerja kontractor yang akan tamat kerjanya pada esok (02/12/2016). Mereka telah menjalan tugas dengan baik dan patut diberi peluang lagi untuk kerja-kerja ini.

Mohon kerjasama antara PBT dan penduduk akan lebih utuh pada masa akan datang

Sekian Terim Kasih

Mohd Sabirin Mohamed
Pengerusi KOSPEN dan COMBI
Taman Desaria

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih di atas ucapan penghargaan tersebut.

Sekian.

2. 7/11/2016 - Sharafida semait Dear PIC,

Aduan lalang di alamat 472 lorong gadong jaya 7, Taman gadong jaya.71900 labu n9. Rumah ini tiada penghuni.keadaan yg me risau kan ialah, rumah trsebut berdepan dgn tadika kanak2 dan kejiranan yang lain mungkin terdedah kepada bahaya seperti kwsn sarang ular dan binatang lain yang berbisa.

Difahamkan, kejiranan di lorong ini sudah menebas 2x kwsn rumah trsebut dengan kutipan duit dr lorong 7 ini sendiri.

Diharapkan MPN segera bertindak.

Sekian, terima kasih
Fida
 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih di atas keprihatian dan aduan bertarikh 7 November 2016. Aduan ini seterusnya akan dipanjangkan ke jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan atau semakan lanjut berhubung status aduan ini boleh menghubungi terus ke Pusat Panggilan Setempat (Call Center) di talian 1 800 88 1515.

Sekian, terima kasih.

3. 29/11/2016 - Nurul Nadia binti Ghazali I'm Nurul Nadia Binti Ghazali, Bachelor of Business Administration in Islamic Finance, from UNIKL Business School. i'm seeking for internship placement. i hope UNIKL MIAT can give a chance to me to get experience and gain more knowledge during internship period. thanks
 
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman Cik Nurul Nadia, permohonan berkenaan latihan praktikal di Majlis Perbandaran Nilai akan dipanjangkan ke Unit Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan atau semakan mengenai status ini boleh berhubung terus pegawai di Unit Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Nilai di talian 06-7989105 (Pn. Norasmah) atau 06-7989101 (Pn. Zahira).

Sekian, terima kasih.

4. 24/4/2015 - Mohd Sabirin Mohamed Tuan / Puan MPN

Mohon tebang pokok dan papan tanda yang menghalang pandangan pengguna di jalan raya berikut:

Nama Jalan : Jalan Permata Nilai 3
Lokasi : Simpangan Jalan Nilai 3/10 ke Jalan Permata

Telah banyak berlaku kemalangan disebabkan halangan pokok dan papan tanda yang menghalang padangan pengguna jalan ini. Terbaru semalam seorang penduduk Desa Saga Telah terlibat kemalangan di kawasan ini.

Segala kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan kami mengucapkan ribuat terima kasih

Mohd Sabirin
Persatuan Penduduk Desaria

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih di atas aduan tuan bertarikh 24 April 2015. Aduan ini seterusnya akan dipanjangkan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau semakan status aduan, bolehlah menghubungi terus ke Pusat Panggilan Setempat di talian 1800 88 1515 / Jabatan Taman & Landskap di talian 06-7989009.

Sekian, terima kasih.

5. 10/10/2016 - Mohd Nazri Bin Ismail Saya Mohd Nazri Bin Ismail tinggal di no 19 Jalan D Areca 3 Taman Bandar Senawang ingin memaklumkan bahawa jalan di hadapan rumah saya sesak kerana dijadikan sebagai jalan utama terutama kepada pelanggan ke kedai berdekatan. Saya tidak menyalahkan pemilik premis mahupun pemaju. Saya cuma sarankan agar dibuka jalan utama yang baru yang tidak mengganggu laluan rumah penduduk atas dasar keselamatan dan kurang selesa. Sebagai contoh hari ini MPN ada buat servis lampu jalan. Lori MPN sahaja sudah menghadang sebelah jalan. Saya harap pihak MPN dapat membuka jalan baru di bahagian sebelah sebagai jalan utama untuk pelanggan ke kedai berdekatan iaitu jalan yang lebih lebar dan selesa sebagai jalan utama. Sekian aduan saya. Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih di atas keprihatian dan aduan bertarikh 10 Oktober 2016. Aduan ini seterusnya akan dipanjangkan ke jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan atau semakan lanjut berhubung status aduan ini boleh menghubungi terus ke Pusat Panggilan Setempat (Call Center) di talian 1 800 88 1515.

Sekian, terima kasih.

6. 4/09/2016 - Sea Mook Lin Dear Sir/Mdm

I am an apartment owner in Sri Palas, Bandar Universiti Lagenda, Mantin.

I would like to know if the Majlis provide the services of keeping the compound clean like cutting the grass, sweeping the roadside and the drains, trimming the trees and rubbish disposal as I understand it to be.

Please let me know what services the Majlis provide. This is because Sri Palas area, the drains need to be clear and unblock, the compound need to be swept, and the trees have grown too big and dangerous.

Thank you.

Salam sejahtera,

Untuk pengetahuan puan, perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan longkang dan pemotongan rumput telah diambil alih sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkuatkuasa 1 September 2011 dan tidak lagi diselenggara oleh MPN. Sebarang aduan berkenaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bolehlan disalurkan terus ke Perbadanan melalui talian hotline 1-800-88-7472 atau 06-8503710.

Sekian, terima kasih.
 

7. 29/09/2016 - Shin Shuan Chong TAK TERIMA SURAT TUNTUTAN CUKAI TAKSIRAN KEDUA 2016 DARIPADA PIHAK BERKUASA.
TETAPI TERUS DAPAT NOTIS E YG MAENGATAKAN TUNGGAKAN DAN DIKENAKAN RM20.00 YG LEWAT BAYAR.
INI MEMANG TIDAK ADIL UNTUK KAMI YG TAK DAPAT SURAT TERSEBUT SEBELUM ITU.
BUKAN KAMI SAJA YG TAK TERIMA, JIRAN KAMI ADALAH IBU SAYA PUN TAK TERIMA.
ALAMATKAMI PANDAN MEWAH, AMPANG.
IBU SAYA PULA SERI KEMBANGAN,SEL.
KAMI BARU SAJA DAPAT NOTIS INI TETAPI IBU SAYA LANGSUNG TAK DAPAT APA-APA SURAT/NOTIS DARIPADA PIHAK BERKUASA.
NO.AKAUN KAMI ADALAH T02000379202, IBU SAYA ADALAH T02000379303.
SETIAP KALI KAMI DAPAT SURAT, KAMI TERUS BAYAR MELALUI INTERNET.
KAMI LEWAT BUAT BAYARAN INI SEBAB LANGSUNG TAK TERIMA SURAT..
TERMASUK BIL CUKAI TANAH - D.SEREMBAN PUN SAYA YG TERIMA MESSAGE DARIPADA IBU SAYA YG MENGATAKAN DIA DAH DAPAT,TETAPI KAMI YG BELUM TERIMA..
SAYA YG CALL KE PIHAK BERKUASA UTK BUAT KIRIMAN CUKAI TERSEBUT BEBERAPA KALI..
KAMI INGIN MEMOHON PIHAK BERKUASA MENGECUALIKAN DENDA RM20.00 TERSEBUT ATAS PERKARA KE ATAS.
SEBAB KAMI TELAH JELASKAN SEMUA PADA MASA KAMI TERIMA SURAT NOTIS E INI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Salam 1 Malaysia.

Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Untuk makluman puan, Notis E akan dikenakan kepada pemegang cukai bermula pada 1 Mac dan 1 September pada setiap tahun. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemegang cukai untuk menjelaskan cukai taksiran sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan mereka dikenakan denda. Pihak Majlis mengambil maklum atas kelewatan pihak puan menerima notis tersebut dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Sekiranya puan tidak menerima bil cukai taksiran bagi penggal pertama atau penggal kedua setiap tahun, puan boleh menghubungi Jabatan Kewangan di talian 067989050 @ 067989002 atau Jabatan Penilaian Hartanah di talian 06-7989008 untuk mendapat salinan bil cukai taksiran tersebut. Selain itu, puan juga boleh membuat semakan dan cetakan bil cukai taksiran secara online melalui http://etaksir.mpn.gov.my.

Sebarang permohonan mengenai pengurangan jumlah notis, puan boleh juga menghubungi Jabatan Kewangan di talian 06-7989050 untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 Februari 2017 - 8:00pm