MENU

DATARAN NILAI

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam. Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.

 
     
 Menara Jam
Mini Ampiteater
 
 
 Bangunan Kraftangan
Ruang Dalam Bangunan Kraftangan
 
 
Tempat Letak Kereta
Taman Permainan Kanak - Kanak