MENU

Program Bandar Selamat merupakan satu program langkah pencegahan jenayah dalam memastikan sesebuah bandar dapat dikurangkan kadar kes jenayah dan membolehkan penduduk bandar dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta selamat.  

Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

Terdapat 15 langkah pencegahan jenayah ke arah pelaksanaan Program Bandar Selamat seperti berikut :

STRATEGI 1 - Mereka bentuk Persekitaran Fizikal

  1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor
  2. Pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran yang Selamat (CPTED)
  3. Pemetaan GIS jenayah dan Program Bandar Selamat

STRATEGI 2 - Memperkasakan Kawasan Sasaran

  1. Penyediaan Balai Polis Tetap atau Bergerak
  2. Penyediaan Cermin Keselamatan
  3. Penyediaan Papan Tanda Peringatan Jenayah
  4. Penyediaan Penggera Keselamatan
  5. Penyediaan Tempat Motosikal Berkunci
  6. Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam
  7. Pencahayaan kawasan sasaran di tepi, hadapan dan belakang rumah /bangunan dan di kaki lima premis perniagaan, tempat awam dan perumahan
  8. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam
  9. Penjanakan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah jenayah

STRATEGI 3 - Pengurusan, Penyertaan Komuniti dan Kesedaran Awam

  1. Pendidikan, kesedaran awam dan publisiti
  2. Meningkatkan Rondaan di kawasan Perumahan
  3. Agenda Tetap Bulanan dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT

6 Langkah Segera Program Bandar Selamat

  1. Pencahayaan
  2. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor
  3. Penggera keselamatan
  4. Cermin Keselamatan
  5. Pemasangan CCTV
  6. Pemetaan GIS jenayah dan langkah bandar selama
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 Februari 2017 - 8:00pm