MENU

LESEN TRED PERNIAGAAN DAN PREMIS MAKANAN

BIL JENIS LESEN SYARAT PERMOHONAN / DOKUMEN - DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Lesen Tred Perniagaan, Premis Makanandan Iklan untuk perniagaan
  1. Perakuan sijil carian rasmi asal untuk tanah dan bangunan (boleh diperolehi daripada Pejabat Tanah Seremban 2 / Pejabat Tanah Galian Seremban)
  2. 1 salinan surat perjanjian / kebenaran sewa kedai / premis dari tuan punya bangunan dan sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
  3. 4 salinan pelan lokasi tunjuk arah jalan ke premis perniagaan
  4. 1 salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat dan makluman (bagi syarikat Sdn. Bhd. Borang 24, 49 dan Memorandum and Articles of Association hendaklah disertakan)
  5. 1 salinan resit cukai tanah dan resit cukai taksiran semasa
  6. 1 salinan kad pengenalan pemohon
  7. 2 keping gambar berwarna terbaru berukuran passport
  8. 1 salinan surat suntikan (perniagaan makanan & minuman
  9. 1 salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan (perniagaan makanan & minuman)
  10. 2 salinan lakaran (art work) iklan untuk menunjukkan lakaran penuh iklan
  11. 1 pelan lokasi menunjukkan tempat iklan dipasang
  12. Bayaran proses sebanyak RM 10.00 (bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai / postal order / cek atas nama Yang Dipertua Majlis)
Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm