MENU

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang ke-12 di negara ini yang mula dibuka pada 4 Jun 1997. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli serta penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan. USIM juga menjalankan beberapa penyelidikan dan mempunyai sebuah Pusat Pengurusan Penyelidikan. Pada masa kini USIM mempunyai keluasan keseluruhan kampus induk seluas 468 ekar.

Lokasi        : Terletak dalam kawasan Putra Nilai berhampiran dengan Stadium Tertutup Nilai

Alamat   

: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
No telefon : 06-798 8000
Facebook : Universiti Sains Islam Malaysia - USIM
Email : helpdesk@usim.edu.my 

 

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 24 September 2018 - 5:39pm