MENU

SECRET RECIPE

Secret Recipe adalah kafe yang menghidangkan beraneka jenis kek dan brownies untuk peminat kek. Jenama Secret Recipe yang telah lama bertapak di Malaysia sememangnya telah dikenali oleh rakyat Malaysia. Pelanggan boleh menjamu selera di kafe yang selesa atau membeli kek untuk dibawa pulang. Kek yang dihidangkan di Secret Recipe adalah kek yang berkualiti. Kesemua hidangan kek dan makanan sampingan di Secret Recipe mendapat sijil pengesahan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Harga kek di sini juga adalah berpatutan dengan kualiti dan keenakan rasa yang hanya terdapat di Secret Recipe.

secret recipe
 

Waktu Perniagaan

Dibuka seawal jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 10.00 malam setiap hari.

Lokasi

Terletak di PT. 12157 (G), Jalan BBN 1/1F, Putra Nilai, 71800 Nilai iaitu berhampiran dengan restoren makanan segera KFC dan Pizza Hut.

Maklumat Lanjut

Secret Recipe
Tel : 06-799 4535