MENU

SAK DATO TEMPLE, BROGA

 

Sak Dato Temple adalah rumah ibadat ataupun tokong bagi penganut agama Buddha. Tokong ini terletak di atas bukit dan dikelilingi dengan landskap yang menarik. Sak Dato Temple sentiasa dikunjungi oleh para pengamal ajaran Buddha setiap hari yang datang dari merata tempat seperti dari Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor termasuk dari Singapura. Mereka berkunjun ke Sak Dato Temple untuk bersembahyang, berdoa, bernazar dan juga memohon hajat. Sak Dato Temple turut dihiasi dengan landskap yang menarik.

Kemudahan
Sebagaimana tokong yang lain, disini disediakan kemudahan untuk beribadat, tandas dan juga tempat letak kereta bagi keselesaan para pengunjung.

Lokasi
Sak Dato Temple terletak berhampiran Pekan Broga yang bersempadan dengan Negeri Selangor. Untuk sampai ke sini mengambil masa 40 minit perjalanan dari Serembandan Kajang dan 30 minit perjalanan dari Nilai.

Maklumat Lanjut :-
Sak Dato Temple, Broga
Tel : 03-8761 0035

Sak Dato Temple, Broga

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 6:29pm