MENU

KOLEJ TUANKU JA'AFAR

KOLEJ TUANKU JAAFAR

Asrama

Kolej Tuanku Ja'afar mula dibuka pada tahun 1991. Para pelajarnya terdiri dari pelbagai negara seperti Indonesia,Taiwan, Korea, Jepun, Singapura dan pelbagai negara luar. Ia adalah sekolah swasta yang menawarkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas dan pendidikan antarabangsa. Pendidikan yang ditawarkan disini ialah :-

  • Pendidikan Malaysia (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 iaitu untuk PMR dan SPM)
  • Pendidikan Antarabangsa (Cambridge & London ‘O' Levels / International GCSE untuk Tingkatan 5)
  • A Level (Tingkatan 6) Pengajian Bahasa Inggeris

Kemudahan

Sebagaimana pusat pendidikan yang lain Kolej Tuanku Jaafar turut menyediakan kemudahan seperti penginapan, perpustakaan, kafetaria, kemudahan sukan dan sebagainya.

Lokasi

Boleh dihubungi melalui jalan lama Seremban - Kajang. Dari Seremban mengambil masa 20 minit perjalanan, dari Kajang 30 minit perjalanan dan dari KLIA 30 minit perjalanan.

Maklumat Lanjut :-

Kolej Tuanku Ja'afar,
71700 Mantin,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-758 2561
Fax : 06-758 2953
E-mel: registrar@ktj.edu.my
Website :www.ktj.edu.my

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 17 November 2017 - 12:13pm