MENU

Watie Corner atau lebih dikenali sebagai kedai makan tepi kubur oleh masyarakat tempatan disebabkan ianya berada bersebelahan Tanah Perkuburan Kg. Bukit Kadir. Menu istimewa adalah masakan tradisonal Melayu iaitu masak lemak cili api ayam kampung salai, masak lemak cili api daging salai, ayam kampung goreng dan patin masak tempoyak. Manakala menu sampingan pula seperti patin masak lemak cili api dan pilihan udang atau sotong masak lemak cili api, masak tempoyak, sambal petai, goreng kunyit atau masak kicap.

Alamat : Jalan Nilai-Salak, Kg. Bukit Kadir 71800 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus.
Waktu Operasi :  11.00Pagi-2.30 petang tutup setiap ahad
No Telefon : 012-664 1817

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 25 September 2018 - 4:59pm