MENU

Bagi penggemar makanan Arab atau timur Tengah, Restoren Al-Jamal adalah pilihan yang paling tepat. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis menu seperti nasi beriyani, nasi mandy, nasi kabsa, nasi haneeth, nasi maqluba yang semuanya dihidangkan dengan ayam atau kambing. Makanan yang dipanggang (grill) seperti kebab, sheesh tawok dan ayam panggang juga ada di restoran ini. Makanan sampingan seperti pizza dan quesadilla iaitu roti tortila berintikan ayam, keju, salad dan tomato cincang dan dimakan bersama sos bawang putih istimewa. Restoran ini ialah tempat yang sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera.

Alamat :

A27 & A28, 9 Avenue, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Waktu Operasi

: Buka Setiap Hari 11.00 Pagi - 11.00 Malam
No Telefon : 06-794 8299

Menu Makanan 

: sheesh tawok dan ayam panggang, Makanan sampingan seperti pizza dan quesadilla 

 

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 24 September 2018 - 5:39pm