MENU

Kolej Tungku Kurshiah (TKC) adalah sekolah berasrama penuh perempuan pertama di Malaysia dan telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi. Sejarah awal TKC mula ditubuhkan pada 1947 di Kuala Lumpur dikenali sebagai Malay Girls College. Pada April 1962 sekolah ini berpindah ke Bukit Merbah, Jalan Tunku Kurshiah, Seremban. Nama Kolej Tunku Kurshiah diambil sempena nama permaisuri agong yang pertama dan TKC dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 24 Mei 1963. Pada tahun 2000 TKC dipilih untuk mengambil bahagian dalam aplikasi utama Sekolah Pintar Malaysia (Smart School) di dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Pada tahun 2007 TKC diberikan autonomi untuk memilih pelajarnya sendiri. Kemasukan ke TKC adalah berdasarkan pencapaian UPSR pelajar. TKC telah berpindah ke Kompleks Pendidikan Enstek di Bandar Enstek pada tahun 2013. Pembelajaran di TKC bermula di Tingkatan 1 hingga 5. Di TKC juga telah diwujudkan International Baccalaureate Diploma Programme selama 2 tahun. TKC juga diiktiraf oleh Apple sebagai Apple Distinguished School untuk tahun 2017 - 2018 kerana menggunakan peranti i-pad dalam pembelajaran.

Lokasi

:

Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Nilai
Alamat

:

Kolej Tuanku Kurshiah, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

No telefon 

:

06-797 9800
Facebook

:

    -

Laman web

:

www.tkc.edu.my