MENU

LADANG “DRAGON FRUIT”, BATANG BENAR

Ladang “Dragon Fruit”, Batang Benar. Ladang ini ditanam dengan pokok ‘Dragon fruit’ seluas lebih kurang 12 ekar. Disini pengunjung boleh melihat pokok ‘dragon fruit’, membeli benih atau buahnya. Buah naga atau lebih dikenali sebagai ‘dragon fruit’ mempunyai pelabagai khasiat yang baik untuk badan manusia. Kandungan vitamin serta zat-zat yang terdapat dalam buah ini mampu untuk mengurangkan tahap kandungan kolesterol bagi pengidap kencing manis. Buah ini terdapat dua jenis, iaitu isi yang bewarna merah dan putih. Bagi mereka yang menggemari buah ini, ia juga boleh dibuat jus minimun yang mampu menghilangkan kepanasan badan. Isinya yang bewarna merah dan putih sedap dimakan begitu sahaja dan enak dimakan ketika sejuk.

 

Lokasi
Ladang ‘Dragon Fruit’, Batang Benar boleh dikunjungi melalui Jalan Nilai – Batang Benar dan Jalan Seremban – Kajang. Iaitu mengambil masa 25 minit perjalanan dari Seremban dan 15 minit perjalanan dari Nilai.

 

Maklumat Lanjut :-
Ladang “Dragon Fruit”, Batang Benar
Mr. Lim Bok Seng
Tel : 019-331 8828

dragon1dragon2
Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm