MENU

HUTAN LIPUR LENGGENG

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng. Kawasan ini sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Hutan Negeri Sembilan.

Kemudahan
Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Bagi yang berani dan gemar kepada cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.

Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.

Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849

hutan1
hutan2
hutan3
hutan4

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm