MENU

JELITA OSTRICH FARM

Taman seluas 4.2 hektar yang terletak dalam kawasan ladang seluas 75 hektar ini disahkan oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia. Jelita Ostrich Show Farm bukan saja membiakkan burung berkenaan malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan itu. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menjanjikan keseronokan kepada pengunjung seperti menunggang burung unta serta persembahan monyet. Pengunjung juga berpeluang menikmati sate burung unta. Taman ini bukan sahaja memperkenalkan burung unta malahan terdapat ternakan lain seperti rusa, unta, banting yang berasal dari keluarga lembu dan lain-lain.

 

Ladang ini juga mengeluarkan barangan serta produk yang berasaskan minyak burung unta. Antara produk-produk yang berjaya dihasilkan ialah seperti krim muka + vitamin E, losyen tangan dan badan, pencuci muka, sabun dan lain-lain produk. Pengunjung juga boleh membeli pelbagai cenderamata yang dihasilkan dari burung untuk dibawa pulang sebagai kenangkenangan.

 

Lokasi
Lokasinya yang terletak di Jalan Seremban – Jelebu (Jalan Pantai) iaitu 10 kilometer dari Seremban dan 10 kilometer dari Pantai.

Kadar Bayaran
Bayaran yang dikenakan ialah RM 8 bagi dewasa dan RM 6 bagi kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat Lanjut
Jelita Ostrich Farm,
Lot 1504, Batu 6,
Mukim Pantai, Jalan Jelebu
Tel : 06-767 0707

Jelita Ostrich Farm

Jelita Ostrich Farm 2

Jelita Ostrich Farm 3

Jelita Ostrich Farm 4

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 6:29pm