MENU

Inap Desa Kg. Rawa terletak di Lenggeng. Mula dijadikan sebagai inap desa pada tahun 2011 dan kini lebih dari 10 buah rumah telah menyertai program inap desa di Kg. Rawa. Tarikan utama di Inap Desa Kg. Rawa kerana terdapat aktiviti menunggang kuda yang disediakan oleh AS Equestrian Centre. Pada masa kini terdapat lebih kurang 20 ekor kuda yang disediakan untuk pengunjung. Selain daripada itu mereka yang menginap disini boleh menjalankan aktiviti seperti melawat kebun buah-buahan, melihat perusahaan IKS iaitu proses membuat sos cili, bermain sukan rakyat, memanah, membuat kraftangan, belajar memasak makanan tradisional Negeri Sembilan dan sebagainya. Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, mereka akan dibawa ke Bukit Broga untuk mendaki bukit kerana ianya terletak hanya 15km dari Kg. Rawa. Aktiviti mendaki Bukit Broga ini telah dijadikan sebagai salah satu pakej untuk Inap Desa Kg. Rawa. Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan dari anak-anak muda kampung iaitu tarian yang popular di Negeri Sembilan seperti tarian piring dan tarian inang.

Lokasi :

Inap Desa Kg. Rawa terletak di Lenggeng. Untuk sampai ke Kg. Rawa, jika dari Seremban melalui Bukit Mantin dan ke Bukit Puyoh (30 minit perjalanan). 

Alamat :

Inap Desa Kg. Rawa,  Lorong KRU 10, Kg. Rawa, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus

No Telefon

: 019-380 8317 / 012-976 7702 / 019-354 4472 
Facebook  : Homestay rawa 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Oktober 2018 - 10:47pm