MENU

Bukit Melati (Melati Hill) terletak di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Nama Bukit Melati diberikan kerana ianya terletak bersebelahan aman Desa Melati. Bagi mereka yang gemar aktiviti ‘hiking’ iniadalah tempat yang sesuai kerana Bukit Melati mempunyai ketinggian sederhana iaitu hanya 350 meter hingga 370 meter mengikut kawasan. Dibahagikan kepada beberapa bukit iaitu Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill dan Mosquito Hill. Bagi kawasan yang terlalu curam telah disediakan tali untuk memudahkan pendakian. Pengunjung boleh meletakkan  kenderaan mereka ditepi bahu Jalan BBN 11/4 dan seterusnya meneruskan aktiviti pendakian. Bukit Melati juga telah mula  dijadikan sebagi lokasi untuk acara larian pendakian yang dianjurkan oleh persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO). Pengunjung Bukit Melati yang ingin beriadah diingatkan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta harta benda.

Lokasi : Bagi mereka yang ingin datang ke sini anda perlu melalui Persiaran Negeri seterusnya masuk ke Persiaran Golf dan masuk ke Jalan BBN 11/4.
Alamat : Isnin Hingga Khamis : 8.30 Pagi - 6.30 Petang
No. Telefon : 06-7989 000 
Maklumat Lanjut :   -
Facebook :   -

 

 

 

Laman Web :                        www.mpn.gov.my

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Oktober 2018 - 10:47pm