MENU

D’Tempat Country Club adalah sebuah rumah kelab dan rekreasi. Ianya terletak di Bandar Sri Sendayan dan berkeluasan 6.33 ekar yang mengandungi rumah kelab yang lengkap dengan kemudahan rekreasi seperti kolam renang, aqua gym, jakuzi, sauna, gymnasium, gelanggang tenis, gelanggang squash, gelanggang badminton, meja ping pong, boling dan snooker. Turut disediakan kemudahan untuk kanak-kanak seperti taman permainan, bilik bacaan, bilik permainan dan bilik menonton. Untuk keselesaan pengunjung kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi, surau dan bilik persalinan. Untuk acara yang lebih besar juga terdapat dewan yang boleh disewa mengikut  keperluan majlis tertentu.

Lokasi : Pengunjung yang datang dari Lebuhraya KL-Seremban (PLUS) masuk ke Seremban (Exit 218) dan seterusnya melalui Jalan Seremban-Sendayan (195) menuju ke Bandar Sri Sendayan
Alamat : d’Tempat Country Club PT 12653 Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1,71950 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
No Telefon : 06-792 2688
Facebook : d’Tempat Country Club

Laman Web

:

www.dtempat.com