MENU

Kepada                      :           Peniaga-Peniaga

                                                Di kawasan Majlis Perbandaran Nilai

 

Tuan/Puan,

 

NOTIS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN TAHUN 2019

 

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan bahawa lesen perniagaan bagi tahun 2018 akan tamat pada 31/12/2018.

2.         Sehubungan dengan itu, sila perbaharui lesen tuan/puan di Majlis Perbandaran Nilai mulai 2/1/2019 hingga 28/2/2019 dengan  membawa bersama-sama dokumen seperti berikut :-

         2.1       Lesen asal tahun 2018

         2.2       Cukai taksiran yang terkini yang teleh dibuat bayaran (bagi kilang, tred perniagaan dan premis makanan sahaja ).

         2.3       Gambar berukuran passport (1 keping).

         2.4       Resit pembahaharuan alat pemadam api (bagi kilang, tred perniagaan dan premis makanan sahaja).

         2.6       Gambar lakaran iklan yang yang disahkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka.

         2.7       Untuk premis makanan :-

                     2.7.1   Suntikan pengendali makanan dan kursus pengendali makanan (bagi premis makanan).

                     2.7.2   Gambar perangkap sisa makanan (bagi restoran sahaja).

                     2.7.3   Gambar paip standard untuk tandas (bagi restoran sahaja)

3.         Kegagalan tuan/puan untuk memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan maka Majlis beranggapan tuan/puan tidak berminat meneruskan perniagaan dan lesen tuan/puan akan dibatalkan.

 

4.         Waktu  bayaran   8.00 pagi hingga 3.45 petang. Sebarang  pertanyaan  hubungi talian berikut 06-7989003/06-7989091.

 

Sekian, terima kasih

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"BERSIH . MAUFAKAT . SEJAHTERA"

 

Saya yang menurut amanah,

 

 

(MOHD LOTFFEE BIN ABDULLAH)

Pengarah

Jabatan Pelesenan dan Pembersihan

b.p Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Nilai

Validity Date: 
Khamis, 29 November 2018 to Khamis, 28 Februari 2019
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 14 Disember 2018 - 4:42pm