MENU

Program Technology Update pada 13 September 2017 (Rabu) anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Perbandaran Nilai.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat dikalangan Pegawai Teknikal ICT Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan Network Monitoring System (NMS) dan Intrusion Prevention System (IPS) yang merupakan salah satu kriteria Pelan Strategik ICT (ISP) MPN 2016-2020, di bawah Teras Pengukuhan Budaya ICT Warga PBT.

Seramai 13 orang peserta telah menghadiri program ini, yang terdiri daripada Pegawai Teknikal ICT dari Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Jelebu dan Majlis Daerah Tampin.

 

Validity Date: 
Selasa, 19 September 2017 to Ahad, 8 Oktober 2017
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Februari 2018 - 5:02pm