MENU

Majlis Perbandaran Nilai telah mengadakan Majlis Perasmian Program Pengindahan Dan Keceriaan Sungai Di Pekan Nilai Dalam Kawasan Perumahan Di Bawah Local Agenda 21 (LA 21) pada 09 Mac 2019 jam 8.00 pagi bertempat di Sungai Pekan Nilai yang dirasmikan oleh Y.B. Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap ADUN Kawasan Nilai di Taman Permainan Taman Ros Merah Nilai.

Ianya turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato' Hj Zazali bin Salehudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai, Ahli - Ahli Majlis, Setiausaha Majlis, Pengarah Jabatan & kakitangan Majlis Perbandaran Nilai dan 200 orang penduduk sekitar.

Program pengindahan dan keceriaan sungai di Pekan Nilai ini merupakan projek yang dijalankan oleh Majlis bersama-sama pihak pemaju dan pembekal di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyediakan kemudahan infrastruktur di sebahagian Sungai Batang Nilai.Ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan dan CRS yang diberikan dan semoga ini sebagai satu landasan bagi program-program CRS yang akan datang.

 

Pemaju dan pembekal tersebut ialah:-

1. Seriemas Development Sdn Bhd

2. THP Enstek Development Sdn Bhd

3. Negeri Roadstone Sdn Bhd

4. Seremban Two Holdings Sdn Bhd

5. GD Pavilion Sdn Bhd

6. Green Target Group

7. Akurjaya Sdn Bhd

8. Lai Loy & Sons Sdn Bhd

9. Meadowfield Sdn Bhd

10. Multiplex Development Sdn Bhd

11. ZGSM Lighting (M) Sdn Bhd

12. Oversea Lighting & Electric (M) Sdn Bhd

13. Success Electronics & Transformer Manufacturer Sdn Bhd

14. Midwest Green Sdn Bhd

 

Validity Date: 
Rabu, 13 March 2019 to Jumaat, 12 April 2019
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 24 Mei 2019 - 10:33am