MENU
Bil Tarikh / Pengguna Pendapat / Cadangan / Pandangan Maklumbalas / Tindakan
1. 27/2/2015 - Chong Kwet Hin No. Akaun: T02005567808
No. Lot: PT12828

Merujuk kepada tunggakan cukai untuk akaun tersebut, saya minta jasabaik tuan memberi cenderahti/pengecualian denda kepada saya. Saya janji membayar keseluruhan cukai taksiran jika dapat pertimbangan yang baik.

Harap dapat jawapan sewajarnya. Terima kasih.

Yang benar,
Chong Kwet Hin

Salam 1 Malaysia,

Sebarang permohonan untuk pengurangan cukai atau sebarang bayaran ansuran, tuan boleh berhubung dengan Jabatan Kewangan, MPN di talian 06-7989002.

Sekian, terima kasih.
 

2. 3/3/2015 - Zarina Ashikin Salam,
Saya baru berpindah ke Enstek. Saya nak tau di mana saya boleh dapatkan tong sampah yang dibekalkan? Menurut jiran2 tong sampah tersebut diedarkan kepada penduduk sedikit masa dahulu (semasa saya belum berpindah). Mohon penjelasan. Teria kasih.
 
Salam 1 Malaysia,

Puan boleh berhubung dengan pihak Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam di talian 06-8503710 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

3. 4/3/2015 - Mohd Sabirin Mohamed Terima Kasih yang tidak terhingga kerana telah membaiki lampu jalan rosak.

Semoga dengan usaha murni ini menjadikan MPN sebagai Majlis Perbandaran Terbaik di peringkat Negara.

Terima Kasih

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih diucapkan.

Sekian.

4. 24/4/2015 - Mohd Sabirin Mohamed Tuan / Puan MPN

Mohon tebang pokok dan papan tanda yang menghalang pandangan pengguna di jalan raya berikut:

Nama Jalan : Jalan Permata Nilai 3
Lokasi : Simpangan Jalan Nilai 3/10 ke Jalan Permata

Telah banyak berlaku kemalangan disebabkan halangan pokok dan papan tanda yang menghalang padangan pengguna jalan ini. Terbaru semalam seorang penduduk Desa Saga Telah terlibat kemalangan di kawasan ini.

Segala kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan kami mengucapkan ribuat terima kasih

Mohd Sabirin
Persatuan Penduduk Desaria

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih di atas aduan tuan bertarikh 24 April 2015. Aduan ini seterusnya akan dipanjangkan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan lanjut atau semakan status aduan, bolehlah menghubungi terus ke Pusat Panggilan Setempat di talian 1800 88 1515 / Jabatan Taman & Landskap di talian 06-7989009.

Sekian, terima kasih.

5. 2/9/2015 - Mislinah Mari Saya merupakan salah seorang penduduk di Taman Desa Cempaka 3, Nilai ingin mencadangkan untuk membuat tapak gelanggang sukan seperti gelanggang badminton atau sepak takraw di tepi kawasan lapang taman permainan kanak-kanak di Jalan Cempaka 15, Taman Desa Cempaka 3,Nilai.

Daripada pemerhatian saya selama 5 tahun (mendiami kediaman di Jalan Cempaka 15, Taman Desa cempaka 3) kawasan lapang tersebut tidak digunakan sepenuhnya oleh penduduk disebabkan oleh beberapa sebab.

Terutamanya

1.kawasan lapang tersebut banyak pokok kemuncup dan rumput panjang, kanak2 tidak suka bermain dikawasan tersebut.

2.Keadaan padang tidak rata

3.terdapat anjing berkeliaran

4.tempat remaja melepak dan mengamalkan budaya tidak sihat (hisap rokok)

Kebaikannya :

1.Penduduk setempat terutamanya remaja sekolah boleh manfaatkn lagi waktu terluang terutama hari cuti sekolah dan hujung minggu. (bermain sepak takraw/valleyball/badminton).

2.Dengan adanya gelanggang, secara automatiknya kawasan berkenaan akan menjadi lebih bersih dan terang.

3.Menuju hidup sihat, selalu bersenam dan bersukan.

4.Merapatkan silaturrahim antara penduduk setempat

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Terima kasih di atas cadangan puan bertarikh 2.9.2015 berhubung perkara di atas dan cadangan ini akan dimajukan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung status cadangan puan dipohon menghubungi Pusat Panggilan Setempat (Call Centre) di talian 1 800 88 1515 atau Jabatan Taman dan Landskap di talian 06-7989009.

Sekian, terima kasih.

6. 9/10/2015 - Mohd Azuddin Sham Abdullah Merujuk kepada aduan-aduan saya (rujukan 0502/2015/09/W/B/017 dan 0502/2015/09/W/B/018), ucapan terima kasih di atas komitmen dan kesegeraan tindakan oleh pihak tuan. Semoga keprihatinan dan sikap bertanggungjawab ini akan berterusan.

Wassalam

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih di atas ucapan penghargaan tersebut.

Sekian, terima kasih.
 

7. 29/12/2015 - Mohd Fadhil Bin Mazlin ASSALAMUALAIKUM

Saya ingin kepastian tentang Cukai Taksiran.

Contoh : Saya ada mempunyai tanah dan tanah tersebut dalam proses untuk dibina rumah. Perlukah saya membayar cukai taksiran walaupun rumah belum siap atau tanah masih kosong belum ada pembinaan lagi.

SAYA ADA HANTAR EMEL KE mpnns@mpn.gov.my BERTANYAKAN SOALAN YANG SAMA PADA 22 DISEMBER 2015 TETAPI SEHINGGA HARI INI EMEL SAYA MASIH BELUM DIJAWAB.
BOLEH TAHU TAK KENAPA TIADA MAKLUMBALAS DARI EMEL YANG DIHANTAR.

Sekian. Terima kasih

Salam 1

Untuk makluman tuan, tuan perlu membayar cukai taksiran walaupun status tanah tersebut adalah tanah kosong. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, tuan bolehlah berhubung terus dengan Jabatan Penilaian Hartanah di talian 067979008.

Sekian, terima kasih.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 17 November 2017 - 12:13pm