MENU
Logo

Logo

 

  • Logo berasaskan kepada suatu reka corak grafik yang mengadunkan lambang kemajuan dan perindustrian yang menjadi ciri pembangunan Majlis Perbandaran Nilai. Fokus dan cantuman logo berpusat kepada huruf awalan Majlis yang terdiri daripada "M" untuk Majlis, "P" untuk Perbandaran dan "N" untuk Nilai.
  • Warna Kerajaan Negeri Sembilan iaitu MERAH, HITAM dan KUNING dijadikan warna asas logo Majlis Perbandaran Nilai.
Jata

Jata

 

  • Jata atau Lambang rasmi Majlis ini disokong kuat oleh enam bentuk kubah/pillar yang berlainan saiz yang mewakili enam elemen utama yang menjadi tunjang wawasan struktur pentadbiran Majlis iaitu mesra rakyat, harmoni dengan alam sekitar, kualiti perkhidmatan dan kecekapan pentadbiran, beramanah, berwawasan dan berteknologi serta maju dan makmur.
  • Ia juga mewakili enam Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran asal yang terdapat di dalam Majlis Daerah Seremban.
Bendera

Bendera

 

  • Reka corak bendera adalah berasaskan kepada penggunaan logo utama.
  • Warna biru tua yang menjadi asas dan latar bendera adalah simbol kepada aspek keharmonian dan kestabilan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan negeri pada keseluruhannya. Manakala warna putih mencerminkan elemen keunggulan keterampilan pihak Majlis yang bersifat mesra rakyat dan komited. Struktur corak penggunaan warna biru dan putih secara berselang memaparkan puncak gabungan bersama ke arah merealisasikan pembangunan Nilai ke arah kesejahteraan.

Canna Indica

Canna Indica

  • Canna Indika, berasal dari keluarga Cannaceae.
  • Nama Tempatan : Bunga Tasbih, Pisang Sebiak.
  • Asal Habitat : Terdiri daripada banyak spesis termasuk dari Amerika Selatan.
  • Pokok jenis ini biasanya bersaiz dan boleh mencapai ketinggian antara 0.6 meter sehingga 2.4 meter (8 kaki) apabila matang. Batangnya lembut dan mempunyai rizom bersaiz kira-kira 2sm (diameter). Bunganya menarik dan terdapat dalam warna merah, jingga, kuning dan kuning bertompok merah. Setiap kuntum mempunyai empat kelompak bersaiz kira-kira 2sm setiap satu. Di bahagian hujung kelopak bunga terdapat garisan kuning keemasan. Daunnya besar berwarna hijau gelap dan bersaiz 4 hingga 5 inci serta berpuih pada pangkal yang membaluti batangnya. Perbezaan antara spesis adalah dari segi warna bunganya. Bunga ini tumbuh dan berbunga dengan baik pada waktu dan cuaca yang lembab. Ia sesuai ditaman pada tanah lapisan atas (top soil) melalui proses penggemburan tanah. Dalam keadaan kering ia perlu sentiasa disiram air. Ia mudah dibiak dan di taman melalui biji-benih dengan campuran pasir, tanah dan baja kompos. Jarak penanaman antara satu pokok ke satu pokok ialah 50sm. Ini bertujuan mengelakkan pertindihan dan pertumbuhan yang tidak seimbang dan sempit yang bakal mencacatkan pemandangan. Jangka hayat bunga ini boleh mencapai sehingga satu hingga dua tahun. Apabila dipangkas proses pertumbuhan semula bunga akan mengambil masa kira-kira sebulan. Bunga ini sesuai ditanam dengan pokok-pokok lain yang berlainan jenis yang lebih rendah kerana ketinggiannya.
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 6:29pm