MENU

UNIT AUDIT DALAM

FUNGSI

  • Menjalankan auditan ke atas hal ehwal pengurusan kewangan seperti kewujudan suatu transaksi/peristiwa bahawa ia benar-benar berlaku, kesahihan pemilikan harta dan obligasi, ketepatan maklumat kewangan yang direkodkan dari sudut matematik dan mematuhan kewangan serta Arahan Perbendaharaan
  • Menjalankan penyemakan dan penelitian perjalanan operasi pengurusan setiap jabatan untuk memastikan pergerakannya adalah selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan, polisi dan dasar-dasar yang ditetapkan
  • Menjalankan auditan dan mencadangkan tindakan pembetulan bagi perkara-perkara yang didapati terdapat kelemahan dari segi perlaksanaannya serta ketidakpatuhan terhadap undang-undang/ peraturan

OBJEKTIF

  • Memastikan sistem pengurusan dan kewangan jabatan/bahagian diuruskan dengan teratur selaras dengan dasar, undang-undang dan prosedur yang ditetapkan
  • Mengkaji dan menilai operasi jabatan/bahagian dari segi tahap kesempurnaan, kemampuan, kecekapan dan ekonomi
  • Mengenalpasti kelemahan perlaksanaan dan ketidakpatuhan pihak terbabit serta mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaikinya dalam keadaan di mana tindakan pembetulan adalah diperlukan

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan membantu sedaya upaya kami untuk meningkatkan mutu majlis Perbandaran Nilai kepada tahap yang lebih teratur dan berkesan melalui pemeriksaan, penilaian dan laporan ke atas prosedur, dasar dan undang-undang.

  • Kami akan memastikan tindakan penyiasatan dan pemeriksaan audit berdasarkan kepada Jadual Perancangan Audit Tahunan.
  • Mengemukakan Laporan Audit yang adil dan tepat.
  • Menjalankan tindakan Audit Susulan terhadap kesempurnaan dan pencapaian prestasi apabila diperlukan