MENU

JABATAN PERBENDAHARAAN

OBJEKTIF

  • Menyediakan pengurusan hasil dan perbelanjaan yang cekap dan berkesan selaras dengan Arahan Perbendaharaan serta peraturan yang ditetapkan untuk mencapai kepuasan pelanggan.

FUNGSI

Bahagian Hasil

  1. Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan. Hasil–hasil Majlis adalah seperti cukai taksiran, bayaran lesen dan permit, perkhidmatan pelan dan sebagainya.
     
  2. Mengurus dan menerima bayaran secara berkomputer dan sistem pembayaran elektronik (e-payment) melalui agensi-agensi kutipan yang dilantik.
     
  3. Mengurus pengebilan cukai taksiran.
     
  4. Pengurusan dan penyelarasan dengan agensi-agensi yang dilantik dalam perlaksanaan e-payment termasuk caj perkhidmatan, komisen, sewaan dan caj talian.
     
  5. Menyelenggara dan mengemaskini data kutipan luar dan kutipan agensi serta resit-resit pembayaran.
     
  6. Menyelaras cukai taksiran (pembatalan, kenaikan dan penurunan nilai, dan lain-lain) di antara Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Penilaian.
     
  7. Menyelenggara dan merekod cek tak laku yang diterima dari bank.