MENU

Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Portal Rasmi MPN. MPN sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memberi perkhidmatan perbandaran kepada penduduk dalam kawasan operasi majlis yang meliputi perkhidmatan kebersihan dan juga menyediakan kemudahan awam bagi masyarakat sekitar. Majlis adalah sebuah agensi kerajaan yang terhampir dengan masyarakat bagi mendapatkan perkhidmatan, nasihat serta menyelesaikan masalah untuk kesejahteraan hidup masyarakat yang tinggal di kawasan pentadbirannya selaras dengan dasar kerajaan negeri iaitu “Bersih, Muafakat dan Sejahtera” bagi mencapai hasrat serta hala tuju pentadbiran negeri.

Portal Rasmi Majlis ini mengandungi visi, misi dan objektif yang perlu dicapai oleh Majlis bagi memastikan perkhidmatan yang diberi mencapai tahap yang cemerlang. Profil jabatan - jabatan yang ada di dalam Majlis turut dinyatakan agar masyarakat mengenali dengan lebih dekat lagi peranan atau fungsi jabatan yang terbabit.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselesaan dan kesejahteraan masyarakat, Majlis sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat dan menyediakan perkhidmatan yang berkesan serta menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat. Melalui perkhidmatan atas talian urusan dengan MPN dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pantas sejajar dengan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui portal ini juga MPN berharap masyarakat dapat memberikan idea, pandangan atau cadangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan portal ini, Majlis Perbandaran Nilai dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyakarat yang berilmu di dalam teknologi maklumat dan seiring dengan perkembangan kehidupan di dalam alaf baru ini.

Sekian.

 

Y.Bhg. Dato' Haji Zazali Bin Salehudin
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nila
i

Kemaskini Terakhir: Selasa, 25 September 2018 - 4:59pm