VISI
- Pembudayaan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan penyampaian perkhidmatan digital MPN ke arah bandaraya maju 2020.
MISI
- Memperluaskan penggunaan ICT bagi memastikan penyediaan perkhidmatan digital MPN yang fleksibel, efektif dan selamat untuk mencapai bandaraya maju 2020.
OBJEKTIF
- Merancang, membangunkan, melaksanakan dan menyelenggara program teknologi maklumat untuk Majlis Perbandaran Nilai.
- Menyediakan latihan dan meningkatkan kefahaman kepada kakitangan Majlis Perbandaran Nilai dalam penggunaan komputer.
- Membekalkan dan menyelenggara perkakasan komputer selaras dengan keperluan jabatan - jabatan lain di Majlis Perbandaran Nilai.
FUNGSI & PERANAN
- Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi dan perkhidmatan online.
- Membangun laman web rasmi Majlis Perbandaran Nilai dan mengemaskini kandungan serta maklumat terkini dari semasa ke semasa.
- Menguatkuasakan pelaksanaan DKICT dan memastikan DKICT dipatuhi.
- Melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT.
- Menyelia sistem pangkalan data serta melaksanakan backup dan restore bagi sistem aplikasi dan data secara berkala.
- Menyelia dan memantau kebolehcapaian sistem rangkaian, keberkesanan sistem keselamatan dan pengoperasian bilik server.
- Menyelenggara sistem rangkaian tanpa wayar (wireless).
- Menjalankan penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT secara berkala.
- Menyelia dan memantau pengoperasian Sistem Pemantauan Kamera Litar Tertutup (CCTV).