MISI
- Memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan landskap dan persekitaran bagi menjana kehidupan yang lebih harmoni serta memberi imej dan identiti tersendiri bagi sesuatu kawasan.
VISI
- Mewujudkan sebuah Bandar Dalam Taman melalui pembangunan landskap yang berkualiti dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidup rakyat.
OBJEKTIF
- Merancang dan melaksanakan program-program pengindahan dan menjana persekitaran semulajadi yang lebih harmoni di kawasan Majlis Perbandaran Nilai selaras dengan pembangunan.
FUNGSI & PERANAN
- Memproses kelulusan pelan landskap.
- Merancang projek-projek pembangunan landskap.
- Mengawasi kerja-kerja penswastaan landskap.
- Memantau kerja-kerja landskap yang dilaksanakan.
- Menyiasat aduan awam yang diterima.
- Menyediakan program-program penyelenggaraan dan laporan kerja.
- Penyediaan sebutharga dan tender.
- Melaksanakan inventori dan program penyelenggaraan taman-taman awam dan taman-taman permainan kanak-kanak.
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan.
- Menjawab surat-surat aduan dan perkara-perkara berkaitan landskap.
- Menerima dan mengambil aduan awam.
- Menguruskan hal-hal berkaitan Jabatan Landskap.
- Memproses kelulusan pelan landskap