VISI
- Menjadikan bahagian pentadbiran dan sumber manusia sebuah jabatan yang memberikan khidmat terbaik kepada semua pelanggan yang berurusan yang berteraskan kemajuan IT dan menjadikan contoh kepada jabatan – jabatan didalam Majlis Perbandaran Nilai.
MISI
- Menjadikan pentadbiran / pengurusan jabatan yang sistematik dalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan kearah sebuah struktur pentadbiran jabatan yang cekap seiring dengan teknologi pada masa hadapan.
OBJEKTIF
- Bertanggungjawab memastikan pentadbiran Am jabatan dijalankan dengan baik mengikut peraturan – peraturan / pekeliling – pekeliling yang telah digariskan atau digunapakai disamping itu aspek – aspek perkhidmatan yang perangkumi personal kakitangan dilakukan dengan adil untuk kebaikan pegawai dan kakitangan majlis.
FUNGSI & PERANAN
- Menguruskan pentadbiran Majlis
- Melaksanakan tugas-tugas Pentadbiran Am
- Mengendalikan pengurusan tenaga manusia
- Menguruskan perolehan jabatan (Perkhidmatan dan Bekalan)
- Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat-mesyuarat berkaitan diperingkat Majlis dan luar
- Menyelaras operasi dan pelaksanaan aktiviti Majlis
- Menggubal dan merangka dasar dan halatuju Majlis
- Koordinasi/Penyelaras diantara jabatan-jabatan (mengikut Akta 171)
- Pelaksanaan Rancangan Strategik Perhubungan awam
- Merancang dan melaksanakan program-program baru yang dipertanggungjawabkan kepada Majlis