MENU

VISI

  • Menjadi sebuah jabatan contoh yang dapat membantu memenuhi hasrat Majlis Perbandaran Nilai untuk menyediakan pengurusan kewangan yang cekap dan berwibawa

MISI

  • Memastikan semua kutipan hasil dan perbelanjaan Majlis Perbandaran Nilai dilaksanakan mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan pengurusan hasil dan perbelanjaan yang cekap dan berkesan selaras dengan Arahan Perbendaharaan serta peraturan yang ditetapkan untuk mencapai kepuasan pelanggan.

 

FUNGSI & PERANAN

Bahagian Hasil

  • Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan. Hasil–hasil Majlis adalah seperti cukai taksiran, bayaran lesen dan permit, perkhidmatan pelan dan sebagainya.
  • Mengurus dan menerima bayaran secara berkomputer dan sistem pembayaran elektronik (e-payment) melalui agensi-agensi kutipan yang dilantik. 
  • Mengurus pengebilan cukai taksiran. 
  • Pengurusan dan penyelarasan dengan agensi-agensi yang dilantik dalam perlaksanaan e-payment termasuk caj perkhidmatan, komisen, sewaan dan caj talian. 
  • Menyelenggara dan mengemaskini data kutipan luar dan kutipan agensi serta resit-resit pembayaran. 
  • Menyelaras cukai taksiran (pembatalan, kenaikan dan penurunan nilai, dan lain-lain) di antara Jabatan Kewangan dan Jabatan Penilaian Hartanah. 
  • Menyelenggara dan merekod cek tak laku yang diterima dari bank.

Bahagian Kewangan

  • Mengurus Panjar Wang Runcit.
  • Mengurus pembayaran gaji, elaun, upah, KWSP dan lain-lain potongan gaji kakitangan. 
  • Menyediakan sijil gaji akhir kakitangan dan menguruskan penyediaan penyata gaji bagi setiap bulan.
  • Menguruskan kenyataan tuntutan perjalanan dan tuntutan elaun lebih masa. 
  • Menguruskan pembayaran semua jenis bekalan, perkhidmatan, penyelenggaraan dan lain-lain.
  • Mengurus dan mengemaskini buku vot. 
  • Menyelenggara daftar bil, daftar deposit termasuk rekod pembatalan cek.

Bahagian Akaun & Belanjawan

  • Mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan mengikut anggaran yang diluluskan.
  • Menyedia dan mengemaskini akaun dan laporan bulanan serta tahunan Majlis. 
  • Menyediakan laporan / maklumat kewangan untuk Jabatan Audit dan lain – lain jabatan yang berkaitan.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Oktober 2018 - 10:47pm