MENU

HOTEL SAI VILLA

Hotel Sai Villa antara pilihan hotel yang terdapat di Nilai. Hotel Sai Villa boleh dikategorikan sebagai hotel budget yang berkelas sederhana. Mula beroperasi pada tahun 2008 yang memberikan kepelbagaian pilihan hotel di Nilai. Mempunyai 68 buah bilik yang selesa dimana semua dilengkapi dengan penghawa dingin serta menggunakan sistem keselamatan kad elektronik bagi keselamatan para tetamu. Walaupun Hotel Sai Villa adalah hotel budget ia turut menyediakan kemudahan ‘wi-fi' untuk kemudahan para tetamu melayari internet. Kemudahan sedemikian jarang ditawarkan oleh hotel budget. Menawarkan 3 jenis bilik iaitu standard, deluxe dan super deluxe untuk pilihan.

Lokasi
Hotel Sai Villa terletak di kawasan Putra Point, Putra Nilai yang mana ia dikelilingi oleh pelbagai kedai dan restoren untuk keselesaan tetamu mendapatkan keperluan harian dan menjamu selera. Antaranya ialah Pasaraya Besar Giant terletak hanya 10 minit jika berjalan kaki.

Maklumat Lanjut :-
PT. 7337 Putra Point Phase 1
Jalan 1/2C Putra Nilai
71800 Nilai, Seremban
Tel: +606-7997 887
Fax: +606-7997 997
Email: info@saivillahotel.com