MENU

Kursus intensif untuk komuniti strata merupakan kursus bersiri anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB). Pada 21 Februari 2018 telah diadakan kursus intensif yang bertajuk Keselamatan Bangunan Berstrata Dan Pengurusan & Tuntutan Insurans dengan kerjasama Jabatan Perancangan Pembangunan dan KEBADAR di bawah Program Bandar Selamat 2018 di Bilik Latihan 1, Majlis Perbandaran Nilai. Dua topik yang telah dibincangkan iaitu Keselamatan Bangunan Berstrata yang disampaikan oleh Tuan Haji Zainal Ahmad (Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Nilai) dan Pengurusan & Tuntutan Insurans yang disampaikan oleh Encik Suhaimy Abd Samad  (Kaunselor Pengurusan Risiko, Etiqa Takaful Berhad). Penyertaan peserta kursus hanya terhad kepada 50 orang sahaja dan mendapat penyertaan yang menggalakan daripada JMB / MC, jabatan dan agensi kerajaan, pemaju dan institusi pendidikan awam da swasta. Kursus intensif seumpama ini akan diteruskan lagi dengan topik-topik yang lebih terkini dan relevan dengan komuniti bangunan berstrata. 

    

    

Validity Date: 
Monday, 26 February 2018 to Sunday, 25 March 2018